SEMBELIT
Sembelit adalah suatu keadaan apabila seseorang membuang air besar tiga kali atau kurang dalam seminggu dan najis adalah keras dan sukar dibuang. Sembelit biasanya berkaitan dengan diet. Terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan sembelit.
Berikut adalah beberapa tips :
1.MAKAN SARAPAN PAGI
Ia membantu merangsangkan pembuangan air besar.
2.LUANGKAN MASA PERGI KE TANDAS sebelum sarapan pagi atau 30 minit selepas sarapan pagi adalah waktu yang terbaik untuk membuang air besar.Ini kerana usus besar bergerak dengan cepat pada waktu pagi.
3.JANGAN ABAIKAN KEINGINAN MEMBUANG AIR BESAR mengabaikan keinginan membuang air besar menyebabkan pengumpulan bahan buangan dan menyebabkan sembelit.
4.MINUM BANYAK AIR kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari (8gelas) .Ini penting untuk memastikan bahan buangan disingkirkan dan najis adalah lembut.
5.TINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT DALAM DIET ANDA badan anda memerlukan serat untuk membentuk najis. Ia menyerap air dan memastikannya lembut. Maka lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari adalah penting. Jika perlu ambillah suplemen yg tinggi serat.
6.BERSENAM SELALU lakukan senaman dalam rutin harian anda. 30 minit berjalan cepat setiap hari dapat membantu mengurangkan sembelit.
7.MENGURUS TEKANAN HIDUP ANDA tekanan hidup dan perubahan dalam rutin anda boleh menjejaskan tabiat membuang air besar anda. Adalah penting untuk kita belajar untuk menangani tekanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
8.DAPATKAN RAWATAN JIKA ANDA ADA BUASIR buasir adalah menyakitkan dan berdarah. Ini boleh menghalang seseorang daripada membuang air besar dengan kerap.
~~~~~~******~~~~~~******~~~~~******~~~~~*****~~~~~~
Jadi jangan pandang remeh terhadap sembelit..kerana ia mungkin menyumbang kepada penyakit lain yang lebih serius seperti kanser usus dan sbgainya..
CEGAH SEBELUM TERLAMBAT..
RAWAT SEBELUM MELARAT
Comments
Post a Comment